Saturday, 11 October 2014

Sahabat Semati


Sahabat Semati


sejauh mana kau berjalan, kau perlu teman,
sejauh mana kau berlari, kau juga perlu teman,
mungkin disisi, mungkin di dalam hati,
biar tak nampak tapi tetap dihati.

biar sama-sama menangis bila berdarah,
biar sama-sama gembira bila ketawa,

Air dicincang takkan putus
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati gajah sama dilapah, hati kuman saman dicecah
Bagai aur dengan tebing


Monday, 6 October 2014

Rumah Kami


Rumah Kita




kelmarin aku dengar rumah aku merdeka,
semalam aku dengar rumah aku merdeka,
hari ni rumah aku masih merdeka.

adakah esok masih merdeka?
minda masih merdeka?
pembelajaran masih merdeka?

semua dari kita,
kita yang rangka,
kita yang cipta.


Wednesday, 1 October 2014

bukit sama didaki, lurah sama dituruni



bukit sama didaki, lurah sama dituruni

erti: perhubungan/persahabatan yang sangat akrab, susah dan senang bersama



rujukan: BMSPM



waktu aku mula berdiri, aku susah aku mengah..waktu itu tiada yang temani..tiada yang iringi..hanya beberapa akrab yang bertanya khabar..beberapa akrab yang papah, anduh aku..

waktu mereka mula berdiri? perkara yang sama..aku papah aku anduh,,
bukit sama didaki, lurah sama dituruni..

Tuesday, 16 September 2014

Permulaan


Berbilang dari esa, mengaji dari alif

Maksud:

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).




Bangun dari mimpi aku mula berjalan, walau mimpi tadi indah aku endah dan terus lupakan.
Dari sini aku cuba berlari, mengorak langkah laju pasti berduri.
Mungkin aku mati.