Showing posts with label puisi lakaran. Show all posts
Showing posts with label puisi lakaran. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

Sahabat Semati


Sahabat Semati


sejauh mana kau berjalan, kau perlu teman,
sejauh mana kau berlari, kau juga perlu teman,
mungkin disisi, mungkin di dalam hati,
biar tak nampak tapi tetap dihati.

biar sama-sama menangis bila berdarah,
biar sama-sama gembira bila ketawa,

Air dicincang takkan putus
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati gajah sama dilapah, hati kuman saman dicecah
Bagai aur dengan tebing


Monday, 6 October 2014

Rumah Kami


Rumah Kita




kelmarin aku dengar rumah aku merdeka,
semalam aku dengar rumah aku merdeka,
hari ni rumah aku masih merdeka.

adakah esok masih merdeka?
minda masih merdeka?
pembelajaran masih merdeka?

semua dari kita,
kita yang rangka,
kita yang cipta.