Sahabat Semati
sejauh mana kau berjalan, kau perlu teman,
sejauh mana kau berlari, kau juga perlu teman,
mungkin disisi, mungkin di dalam hati,
biar tak nampak tapi tetap dihati.
biar sama-sama menangis bila berdarah,
biar sama-sama gembira bila ketawa,
Air dicincang takkan putus
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Hati gajah sama dilapah, hati kuman saman dicecah
Bagai aur dengan tebing

